Terima kasih Pandelela dan Chong Wei – Wan Azizah

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 15 Ogos: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wira Olimpik London 2012, Pandelela Rinong Pamg dan Datuk Lee Chong Wei kerana menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik dalam temasya sukan itu tempoh hari.

“Saya ingin mengucapkan selamat kembali wira Olimpik kami, Pandelela Pamg dan Lee Chong Wei, serta mengucapkan tahniah kepada mereka untuk persembahan yang mengagumkan,” katanya.

“Kepada Pandelela, pemenang pingat gangsa dalam acara 10m menyelam wanita, anda adalah wanita pertama Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara tersebut, tahniah!,” katanya dalam kenyataan sambil mengingatkan kejayaan V Vasugi, wanita pertama meraih pingat dalam sukan taekwondo pada Olimpik 1988.

Azizah berkata, Pandelela adalah simbol kejayaan bukan sahaja untuk wanita Sarawak tetapi juga Malaysia.

“Ia menarik perhatian saya bahawa Pandelela pulih daripada permulaan yang buruk dalam pertandingan itu, bangkit dan memenangi pingat walaupun ramai berpendapat beliau tiada peluang menang. Terdapat daya tahan yang kuat pada dirinya yang menekankan keazaman rakyat Malaysia apabila keadaan tidak berpihak kepada negara,” katanya.

Azizah turut mengulas prestasi Chong Wei yang kehilangan peluang memenangi emas dalam acara badminton perseorangan tetapi berjaya memenangi hati peminat melalui cara beliau membawa diri.

“Dia adalah salah seorang daripada salah satu perlawanan yang dinanti-nantikan di Sukan Olimpik. Beliau memainkan peranan dengan baik walaupun memenangi hanya perak. Beliau merupakan pemenang pingat perak yang terkenal di arena kemasyuran badminton,” tambahnya.

“Kedua-dua generasi muda Malaysia telah menunjukkan potensi besar yang dipunyai rakyat Malaysia,” katanya.

“Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada setiap ahli kontinjen Malaysia ke London 2012 yang telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai duta negara dan model peranan kepada jutaan rakyat Malaysia,” kata Azizah lagi.

Olimpik 2012 melabuhkan tirainya 13 Ogos lalu di mana Malaysia berjaya menduduki tempat ke-63 dengan kutipan satu pingat perak dan satu gangsa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34652

Posted by on Aug 15 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE