Terima lantikan Latheefa – Anwar

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa pimpinan Pakatan Harapan agar menerima keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.

Beliau berkata, polemik terbuka secara berterusan mengenai pelantikan Latheefa dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap imej kerajaan Harapan.

“Pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baharu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pimpinan Harapan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

“Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan Harapan.

“Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Dr Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada masa sama, anggota Parlimen Port Dickson itu yakin Dr Mahathir dan pimpinan Harapan akan menilai segala pandangan yang dilontarkan tentang lantikan itu.

“SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baharu. Pimpinan Harapan, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanan agensi itu,” ujarnya.

Latheefa, bekas pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.

Bagaimanapun, pelantikan beliau menimbulkan polemik berikutan didakwa tidak selari dengan manifesto Harapan dan dibuat perdana menteri tanpa merujuk Kabinet.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73565

Posted by on Jun 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE