Terima surat saman artis, Zuraida tekad bawa pendedahan ke SPRM

SHAH ALAM 24 April: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan membawa kes dakwaan rasuah RM1.5 juta yang diterima Zahida Rafik ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berakhir perhimpunan Bersih 3.0.

Menegaskan tidak gentar disaman pelakon wanita itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau sudah menerima surat daripada peguam Zahida, Muhammad Shafee Abdullah.

“Kalau bukan sewenang-wenang buat pendedahan. Kita buat sebab kita ada cukup bukti. Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita.

“Kita tunggu dalam masa terdekat. Kita akan bawa hal ini ke SPRM. Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar!” katanya pada sidang media, hari ini.

Surat bertarikh 23 April itu menuntut supaya beliau berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu  serta meminta maaf.

Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, surat itu menyatakan Zuraida berdepan prosiding undang-undang.

Zuraida sebelum ini mendedahkan pelakon itu menerima RM1.4 juta daripada Datuk Seri Shafie Apdal sepanjang hubungan ‘mesra’ mereka.

Transaksi itu didakwa berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000).

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai kereta mewah BMW 6 Series, Porsche, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta. Bagaimanapun, Zahida dan Shafie secara berasingan menafi semua dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, Wanita KEADILAN sudah mengerahkan semua ahli untuk menyertai acara Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29490

Posted by on Apr 25 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE