Adun Merlimau masih kritikal, Utusan salah lapor

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan masih berada pada tahap kritikal dan tidak meninggal dunia.


Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Jasin, Ahmad Hamzah, lapor Malaysiakini.com.


Mengikut paparan portal Utusan pada jam 3.10 petang, Datuk Mohamad Hidhir sudah pun meninggal dunia.


Perkara itu kononnya dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Laporan awal KeadilanDaily.com menyebut, Hidhir  dalam keadaan kritikal  di Hospital Putra, Melaka.

Ia dinyatakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Hairis Nordin yang menyatakan Hidhir  ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital dan dikatakan mengalami tekanan darah rendah, malah bergantung kepada bantuan pernafasan.


Beliau juga difahamkan, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dijangka melawat Hidhir di hospital petang ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia Online tersalah lapor, apabila mengatakan Hidhir mengalami serangan jantung dan dinafikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri itu sendiri.

(Laporan Lanjut Menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5040

Posted by on Jan 20 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google