TI-M cadang segerakan penggubalan akta dana politik

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Seri Akhbar Satar menggesa kerajaan menyegerakan pengenalan akta pembiayaan parti politik.

Beliau yakin langkah itu akan mengekang amalan ahli politik menyalurkan sumbangan kepada parti mereka ke dalam akaun peribadi masing-masing.

“Kita patut masukkan ia ke dalam akta ini supaya rakyat kita apabila hendak mengundi atau ada pilihan raya dapat mengelakkan daripada melakukan rasuah dan terlibat dalam dana politik.

“Sebabnya kebanyakan ahli politik kita memasukkan wang iaitu sumbangan politik ke dalam akaun mereka sendiri,” katanya pada sidang media Forum Political Funding in Malaysia- The European Experience di Kuala Lumpur.

Akhbar yakin akta tersebut akan mencegah rasuah politik terutamanya pada musim-musim pilihan raya rancak berlangsung.

“Kita dapati semasa pilihan raya di Cameron Highlands di Pahang baru-baru ini dan banyak lagi tempat masih lagi berlaku kegiatan rasuah yang mana ia tidak patut berlaku pada masa pentadbiran kerajaan baharu ini.

“Tidak ada lagi wang-wang sumbangan kepada parti politik yang disalahgunakan,” katanya.

Forum hari ini dihadiri wakil tiga negara iaitu Belanda, Norway dan Jerman yang berkongsi kaedah akta dana politik yang telah dijalankan di negara mereka.

Di Malaysia, perbincangan tentang pengenalan akta ini rancak berlangsung selepas kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamd sebelum ini dilapor berkata GIACC akan melakukan kajian dan mengemukakan draf akta pembiayaan politik berkenaan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73141

Posted by on Mar 21 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE