Tiada penghapusan harga siling RON95

Harga petrol RON95 yang kini ditetapkan pada paras RM2.08 seliter kekal buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.

Keputusan itu katanya dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

“Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON95. Harga seliter bagi petrol RON95 buat masa sekarang kekal pada RM 2.08.

Inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saifuddin juga menjelaskan bahawa Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 berjanji untuk menstabilkan harga petrol RON95 dan bukan menetapkannya pada harga RM1.50 seliter.

“Penstabilan harga runcit minyak telah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73362

Posted by on Apr 24 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE