Tiada perlombongan bauksit di Pahang

Walaupun arahan pemberhentian aktiviti melombong dan eksport bauksit di Kuantan, Pahang berakhir pada 31 Mac ini, ia tidak bermakna aktiviti tersebut boleh terus bermula pada 1 April.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, aktiviti perlombongan hanya boleh dijalankan semula selepas arahan pemberhentian operasi perlombongan bauksit yang dikeluarkan pada Januari 2016 ditarik balik.

Jelasnya, hal itu termaktub di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994.

“Arahan pemberhentian operasi perlombongan hanya akan ditarik balik setelah semua pihak yang berkepentingan bersedia melaksana dan menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit Pahang bagi menjamin aktiviti perlombongan bauksit dilaksanakan secara mampan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sebelum ini kerajaan memaklumkan, bukan sahaja tempoh moratorium perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri itu tidak akan dilanjutkan malah dibenarkan beroperasi semula namun mengikut SOP yang ketat.

Kementeria juga telah mengambil tindakan untuk memantapkan SOP tersebut yang akan mengenakan syarat ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan.

Ia termasuk bermula dari peringkat praperlombongan, semasa dan pasca perlombongan.

Xavier turut memaklumkan bahawa Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan memgeluarkan kelulusan Operational Mining Scheme (OMS) kepada pemegang pajakan melombong atau lesen melombong sehingga semua syarat OMS dipenuhi terutamanya kelulusan EIA yang diwajibkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73092

Posted by on Mar 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE