Tian Chua, Mat Sabu & 12 lagi dibebas tuduhan sertai Bersih 1.0

KUALA LUMPUR 27 FEB: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahli Parlimen (MP) Batu, Tian Chua dari tuduhan menyertai himpunan Bersih 1.0 pada 2007.

Dibebas sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan 12 lagi yang lain.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

bersih-tianchuaTian yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam twitternya berkata, dua lagi individu, MP Padang Serai, N Gobalakrishnan dan seorang lagi Mohamad Harith Fathillah didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram dan enggan bersurai.

Mereka dituduh menyertai perhimpunan berkenaan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengahari dan 4 petang pada 10 November, 2007.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.

Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46095

Posted by on Feb 27 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google