Tian Chua mengaku tak bersalah, dikena ikat jamin RM5,000

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 14 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut akta hasutan ekoran kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu.

tian mahkamahMahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas Ahli Parlimen Batu itu.

Tian dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily pada hari yang sama.

Beliau diwakili peguam Latheefa Koya, N Surendran, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi yang lain.

Pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohammad Hanafiah Zakaria.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes pada 12 April. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47310

Posted by on Mar 14 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google