Tian Chua sah seret SPR ke mahkamah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini bakal ke mahkamah akibat tindakan sabotaj terhadap Naib Presiden KEADILAN Tian Chua yang dibatalkan kelayakan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

Peguam Tian Chua daripada Tetuan Ngeow dan Tan memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan pegawai pengurus pilihan raya yang tidak membenarkannya mempertahankan kerusi Parlimen Batu.

Tian Chua memohon perisytiharan mahkamah berhubung kelayakannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagaimana ditetapkan dalam Artikel 48 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon pengisytiharan layak bertanding sebagai calon dalam PRU14.

Tian Chua menamakan pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Anwar pada Sabtu lalu menghalang Tian Chua daripada bertanding dengan membatalkan pencalonannya.

Alasan yang diberikan SPR adalah sabitan kesalahan melawan polis pada 2 Mac lalu sehingga menyebabkan Tian Chua didenda RM2000.

Tian Chua menyifatkan ia sebagai taktik kotor SPR kerana mahkamah sendiri mengekalkan statusnya sebagai anggota Parlimen sebelum ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71683

Posted by on Apr 30 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE