Tian Chua seru ahli parti pertahan Azmin

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menggesa parti untuk menyokong Timbalan Presiden, Azmin Ali yang kini difitnah terlibat dalam video sumbang.

Menurutnya, KEADILAN perlu melawan taktik kotor sama yang pernah digunakan terhadap Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2013.

“Setahu saya ini bukanlah kali pertama video dikeluarkan untuk menjatuhkan Azmin. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dulu pun ada video (kononnya Azmin) bersama perempuan.

“Dan jelas memang Azmin menjadi sasaran. Kita akan mempertahankan Azmin seperti mana kita mempertahankan Anwar pada 1998 dan politik fitnah seperti itu pada saya akan berterusan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Ketua Pemuda KEADILAN Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz pada 12 Jun lalu mencuri perhatian satu negara apabila mengaku terlibat dalam satu video sumbang.

Beliau cuba memburukkan Azmin dengan mengaitkan namanya sebagai pelaku dalam video sama.

Namun, fitnah itu dinafikan Azmin yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk memusnahkan karier politik beliau.

Sementara itu, bercakap di Bagan Ajam, Pulau Pinang semalam, Tian Chua menyifatkan Haziq tidak lagi layak berada dalam parti.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas gesaan seorang lagi naib presiden, Zuraida Kamaruddin yang menggesa agar Haziq dipecat.

“Dia (Haziq) tidak layak berada di dalam parti.”

“Namun, ada proses yang perlu dipatuhi parti, sebelum tindakan boleh diambil terhadapnya, ada undang-undang yang perlu dipatuhi apabila melibatkan anggota parti,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73669

Posted by on Jun 26 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE