Titiwangsa bukan kubu BN

Pandangan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, yang melihat Datuk Seri Johari Abdul Ghani layak untuk memegang jawatan menteri besar Selangor, harus dikaji semula kerana beliau gagal mengurus tadbir kawasan titiwangsa dengan baik.

Titiwangsa bukanlah kubu kuat Barisan Nasional. Sejarah kerusi ini pernah menyaksikan BN tumbang tahun 2008 pada jentera Pakatan Rakyat yang diwakili Allahyarhamah Dr. Lo’Lo’ Ghazali.

Sentimen rakyat yang mahukan perubahan ketika itu sangat jelas. Ditambah pula kekuatan Allahyarhamah sendiri yang sangat dekat dengan penduduk Titiwangsa kerana beliau bermastautin di Datuk Keramat.

Selain faktor beliau yang tinggal di Datuk Keramat dan dekat dengan penduduk tempatan, angin perubahan rakyat yang mahukan perubahan pada ketika itu turut menyumbang kepada kemenangan beliau.

Kedatangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili Barisan Nasional pada tahun 2013 berjaya mengembalikan kerusi ini kepada BN. Walaupun menang tipis, faktor utama adalah kerana beliau anak Titiwangsa yang berasal dari Kampung Pandan.

Berdepan calon Pakatan Rakyat pula yang bukan permastautin atau mereka yang dekat dengan penduduk setempat, menjadi punca tewasnya calon Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Walau bagaimanapun Johari Abdul Ghani dilihat gagal mengurus tadbir dengan baik kawasan Parlimen Titiwangsa.

Tugasan beliau sebagai Menteri Kewangan II menjadi punca kawasan yang diwakili beliau terbiar tanpa urus tadbir yang baik. Beliau hanya kelihatan sekali sekala tatkala ada keperluan untuk tunjuk muka.

Isu tanah warisan di Kampung Bharu misalnya masih gagal diselesaikan dan pembangunan yang diimpikan penduduk masih jauh untuk direalisasikan.

Rata-rata pemilik tanah di Kampung Bharu adalah terdiri daripada mereka yang mewarisi tanah tersebut secara turun temurun. Terdapat lot tanah yang pemiliknya ramai dan ada yang pewarisnya gagal dikesan.

Justeru masalah pewaris dan status pemilikan tanah menjadi punca utama dan ini dilihat membantutkan usaha untuk memajukan tanah tersebut.

Sebagai ahli Parlimen, beliau sepatutnya berperanan untuk mengumpulkan pemilik-pemilik tanah di Kampung Bharu seterusnya membentangkan kepada mereka pelan-pelan pembangunan yang dirancang.

Namun sehingga ke hari ini beliau masih lagi gagal berbuat demikian.

Begitu juga masalah parking yang menyukarkan penduduk setempat di Kampung Bharu.

Johari gagal untuk mencari solusi terbaik kepada masalah ini menyebabkan penduduk sekitar sering mengalami kesukaran setiap kali keluar masuk khususnya di kawasan pintu gerbang dan jalan raja alang.

Terdapat juga sebilangan peniaga warga asing yang berniaga secara berleluasa dan ini ibarat menutup periuk nasi anak tempatan yang mahu berniaga.

Tiada langsung cadangan dari ahli parlimen untuk kaedah penguatkuasaan bagi mengekang masalah ini. Justeru peniaga warga asing ini terus mengambil kesempatan berniaga di Kampung Bharu yang dianggap syurga makanan.

Sebagai anak jati Kampung Baru dan Titiwangsa, saya berasa kecewa bila wakil rakyat yang dipilih gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Terdapat sebuah projek mega yang sedang dibangunkan di kawasan Kampung Bharu berupa sebuah bangunan menara kompleks beli belah SkyMall M101 GDV bernilai RM1.5billion.

Projek ini dilihat akan menghakis identiti kampung warisan Melayu satu-satunya yang terdapat di kota raya Kuala Lumpur.

Bukanlah beerti penduduk sekitar menolak pembangunan. Tetapi rata-rata pemilik tanah disini mahukan pembangunan tanpa menggadaikan hak warisan mereka.

Pembangunan tanpa perancangan yang baik akan menjejaskan kualiti penduduk, seperti yang berlaku di PPR Kuala Lumpur.

Masalah parking yang gagal ditangangi menyukarkan kepada akses bantuan kecemasan jika terdapat kecemasan di kawasan PPR.

Sementara itu, di PPR Pantai Permai, pili bomba dan alat pemadam api tidak diselenggara dengan baik dan merisikokan penduduk.

Selain itu kawasan seperti Pasar Chow Kit, masih lagi menjadi sarang pelacuran. Lokasi seperti di belakang Masjid Pakistan, terdapat ramai tukang urut warga asing dan tiada tindakan penguatkuasaan.

Saya yakin yang ahli Parlimen Titiwangsa langsung tidak ambil kisah kegiatan masyarakat disini. Tidak hairanlah jika kawasan tersebut menjadi tumpuan warga asing untuk menjalankan aktiviti berunsur negatif.

Justeru itu saya menyarankan kepada para pengundi di Titiwangsa untuk menolak calon yang mempunyai rekod gagal mengurus kawasan dengan baik.

Tentunya siapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon di Parlimen Titiwangsa daripada Pakatan Harapan adalah individu yang bersedia bekerja untuk menambah baik kehidupan rakyat.

Undilah Pakatan Harapan.
SYED BADLI SHAH SYED OSMAN
Anak Jati Kampung Bharu dan Titiwangsa
Penolong Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan Nasional

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71454

Posted by on Mar 13 2018. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE