Tolak najis rasuah, hadir himpunan antikleptokrasi

Anak muda perlu berani untuk menolak najis rasuah yang boleh merosakkan negara dengan menghadirkan diri ke himpunan rakyat Sayangi Malaysia Bantah Kleptokrasi esok, kata Nurul Izzah Anwar.

Dengan cara ini, kata Naib Presiden KEADILAN itu, golongan muda yang kini semakin terhimpit kerana kekurangan peluang pekerjaan dan sektor pendidikan yang dipolitikkan boleh melakukan sesuatu demi memastikan negara tidak terus dipimpin oleh mereka yang korup.

“Anak-anak muda yang mewakili negara kita harus berani menyatakan penolakan terhadap najis rasuah

“Kita hadir untuk apa? Untuk menunjukkan masa depan negara kita amat penting buat kita

“Masa depan negara kita jangan dipegang oleh mereka yang bergelumang dengan najis rasuah,” katanya menerusi sesi langsung di Facebook semalam.

Menurutnya lagi, jika individu berusia seperti Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh hadir ke himpunan itu esok, anak muda tentunya tiada alasan untuk tidak hadir.

“Kalau ada individu 93 tahun pun boleh hadir sama, kenapa tidak kita?

“Kita sayangkan Malaysia, kita mahu tolak najis rasuah dan kita mahu Malaysia kembali ke sempadan sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Bantah Kleptokrasi akan berlangsung pada 14 Oktober esok di Padang Timur, Petaling Jaya bermula 4 petang.

Ia antara lain bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Himpunan berkenaan juga adalah susulan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70642

Posted by on Oct 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE