TPM agih penutup hidung dan mulut di KL Sentral

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengagihkan penutup mulut dan hidung kepada orang ramai di pusat pengangkutan awam KL Sentral, hari ini.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Putrajaya yang mengagihkan 2000 keping topeng muka N95 bagi membantu rakyat berdepan erebu yang melanda Malaysia sejak awal Ogos.

“Selain daripada edaran topeng muka yang dibuat hari ini, kerajaan melalui NADMA turut mengedarkan 500,000 keping topeng muka kepada pelajar di Sarawak dan 1,500,000 keping di negeri dan daerah yang terkesan jerebu,” katanya dalam kenyataan beliau menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara Negara (NADMA).

Dr Wan Azizah turut mengumumkan operasi pembenihan awan (OPA) yang akan dijalankan dengan kerjasama NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

“Hari ini OPA akan dilaksanakan di Petaling Jaya, Batu Caves, Rawang, Kuala Selangor, Seri Manjung, Taiping, Seberang Perai, Balik Pulau, Sungai Petani dan Kulim.

“Bagaimana pun, pelaksanaan OPA tertakluk kepada keadaan atmosfera, cuaca dan awan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran keras kepada peniaga agar tidak menaikkan harga topeng N95 yang kini tersenarai sebagai barang harga kawalan.

“Tindakan tegas (akan diambil) terhadap mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74032

Posted by on Sep 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE