TPM, Anwar berangkat ke Mekah tunai haji

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim dan isterinya, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berangkat ke tanah suci Mekah hari ini untuk menunaikan ibadah haji.

Perkara itu diumumkan Anwar menerusi Facebook.

Beliau juga meminta orang ramai mendoakan agar ibadahnya dapat ditunaikan tanpa sebarang kesukaran.

“Alhamdulillah dijemput menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadat haji bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail di Tanah Suci Mekah.

“Semoga dipermudahkan setiap langkah di sana serta perjalanan kami diberkati.

“Saya berharap dapat menyempurnakan ibadat ini dengan lancar, sekaligus pulang dengan mendapat haji yang mabrur,” kenyataan Anwar di Facebook dipetik.

Ibadah haji akan bermula pada 9 Ogos dan umat Islam akan mengerjakan wukuf di Bukit Arafah pada esoknya sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73864

Posted by on Aug 7 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE