TPM dukacita tragedi gempa Lombok

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang Timbalan Eksekutif Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi di Lombok Utara.

Menerusi catatan Twitter-nya, beliau meluahkan rasa dukacita terhadap tragedi yang mengorbankan rakyat Malaysia itu.

“Takziah buat anggota keluarga, sahabat handai dan komuniti wartawan atas pemergian mendiang Datin Tai Siew Kim. Semoga tabah dengan ujian ini,” catatan Twitter beliau dipetik.

Beliau turut menyatakan kesediaan kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa bencana tersebut melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Berduka cita mendengar khabar berita kejadian tanah runtuh di Lombok yang turut mengorbankan rakyat Malaysia. Semoga semua pihak yang terkesan dengan kejadian runtuh ini terus sabar dan tabah.

“Kerajaan Malaysia melalui @mynadma bersedia untuk membantu Indonesia @jokowi,” katanya memetik nama Presiden Indonesia Joko Widodo di Twitter.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter yang menggegarkan Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada pukul 2.07 petang waktu tempatan, semalam.

Kejadian itu turut menjejaskan beberapa kawasan di wilayah barat Nusa Tenggara, tetapi ia tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pusat gempa itu terletak 24 kilometer dari daerah timur Lombok, 36 km di timur laut daerah utara Lombok, 37 km di barat laut Pulau Panjang di daerah Sumbawa dan 63 km di timur laut Mataram.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73118

Posted by on Mar 18 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE