TPM gembira pencapaian atlet para negara

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada dua orang atlet negara yang memecahkan rekod dunia dalam acara Sukan Para Asian 2018 di Jakarta, semalam.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada atlet paralimpik negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membanggakan Malaysia dengan mencipta rekod baharu dunia acara 100 meter T36 lelaki.

“Malaysia Boleh! 

“Turut tidak dilupakan Abdul Latif Romly yang memperbaharui rekod dunianya dalam acara lompat jauh T20! Kamu semua wira negara!” tulisnya menerusi akaun Twitter.

Mohamad Ridzuan dan Abdul Latif mencipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing pada hari kedua acara olahraga Sukan Para Asia 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy).

Ia memadamkan rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Abdul Latif pula memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran).

Beliau melakukan lompatan sejauh 7.64 meter, sekali gus memadamkan rekodnya sendiri sejauh 7.60 meter yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72412

Posted by on Oct 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE