TPM gesa lebih ramai keluar mengundi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pengundi Port Dickson agar keluar mengundi dengan segera kerana cuaca dijangka hujan lewat petang ini.

Menurutnya, peratusan keluar mengundi sehingga 12 tengahari tadi berada pada kadar 34 peratus.

“Saya mohon semua pengundi keluar lebih awal dijangka sebelah petang akan hujan,” katanya menerusi Twitter beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK ini dan keputusan dijangka diumumkan pada 10 malam selepas pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang.

Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini seusai proses pengundian ditutup pada 5.30 petang.

Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan enam orang pencabar yang terdiri daripada seorang calon PAS dan enam orang calon bebas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72428

Posted by on Oct 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE