TPM ke Geneva bincang pengurusan bencana

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke edisi keenam Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) di Geneva, Switzerland dari 14 hingga 16 Mei.

Wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Amran Mohamed Zin berkata Dr Wan Azizah dijangka berucap pada dua sesi utama persidangan itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG).

“Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis pembukaan GPDRR dan sesi pleno sejurus selepas itu, dengan beliau akan menjadi pemimpin pertama untuk menyampaikan ucapan rasmi negara pada sesi itu.

“Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama pada sesi khas GPDRR yang bertemakan Women Leadership in Disaster Risk Reduction (DRR),” katanya kepada media Malaysia seperti dilaporkan Bernama.

Dr Wan Azizah juga dijadual akan menyampaikan ucapan tentang pengurusan risiko bencana pada sesi meja bulat peringkat menteri pada Khamis.

Menurut Amran, penyertaan Dr Wan Azizah amat signifikan dan bertepatan dengan kepentingan dasar dan pendekatan proakif kerajaan baharu Malaysia dalam isu berkaitan pengurangan risiko dan pengurusan bencana.

GPDRR adalah acara dwitahunan yang diselaraskan United Nations Office for Disaster Risk Reduction.

Ia adalah forum paling utama di peringkat antarabangsa untuk perkongsian strategik, koordinasi, pembangunan perkongsian dan semakan pembangunan pelaksanaan instrumen pengurusan risiko bencana.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73463

Posted by on May 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE