TPM: LGBT bertentangan dengan masyarakat

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengulangi pendiriannya yang menolak gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap perhimpunan Hari Wanita Sedunia di ibu kota pada hujung minggu lalu yang turut disertai aktivis LGBT.

“Pendirian saya masih sama, LGBT haram di sisi Islam dan bertentangan dengan norma masyarakat di Malaysia” kata Dr Wan Azizah.

Pada Ogos 2018, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat menyebut bahawa Muslim dilarang menyokong gaya hidup LGBT.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tentang kemungkinan kerajaan akan menyemak semula undang-undang terhadap golongan LGBT.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73071

Posted by on Mar 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE