TPM: Mansor pulih, mungkin tekanan darah rendah

Anggota Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman yang rebah semasa membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini kini pulih dan mungkin mengalami tekanan darah rendah, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manaor sebelum itu dilihat terhenti seketika ketika berucap, kelihatan terhoyong-hayang dan rebah, namun sempat disambut oleh Anggota Parlimen Subang Jaya Wong Chen.

Beberapa anggota parlimen lain termasuk Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang berada di bahagian belakang Mansor turut meluru bagi membantunya.

“Doktor katakan dia dah pulih mungkin cuma tekanan darah turun sikit masa tu dan sudah pulih. Alhamdullilah.

“Dan ikut prosedur dia akan terus ke hospital untuk rawatan sepenuhnya,” kata Dr Wan Azizah ketika ditemui pemberita.

Selepas bantuan awal, Mansor kemudian dilaporkan sedar semula dan dibawa  keluar dewan dengan kerusi roda. Dia juga kelihatan mampu tersenyum.

Mansor yang menerima rawatan di klinik tersebut lebih kurang 30 minit kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans bagi mendapat rawatan selanjutnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74168

Posted by on Oct 21 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE