TPM pengerusi mesyuarat bincang tragedi Orang Asli

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi terkini tragedi masyarakat Orang Asli di Kuala Koh, Kelantan yang mengorbankan 14 orang sejak bulan lalu.

“Perkara melibatkan nyawa rakyat adalah isu besar yang perlu perhatian khusus dan tindakan menyeluruh.

“Setiap agensi terlibat akan memastikan isu ini ditangani sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat,” katanya di Twitter.

Beliau memuatnaik gambar mesyuarat itu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, Menteri Alam Sekitar Yeo Bee Yin, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mazlan Mansor.

Dr Wan Azizah sebelum ini memberi amaran keras akan bertindak jika kematian Orang Asli di Kampung Kuala Koh berpunca daripada pencemaran sumber air.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73568

Posted by on Jun 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE