TPM: Perkasakan wanita secara komprehensif

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu melihat satu sistem sokongan komprehensif diwujudkan bagi membantu memperkasa wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, agenda pemerkasaan wanita memerlukan sokongan semua pihak.

“Program pembangunan wanita dalam suasana global yang pantas ini tidak mungkin boleh dijalankan secara isolasi. 

“Ia memerlukan kolaborasi semua pihak untuk membolehkan kemahiran yang wujud di pelbagai pihak dapat digabungjalin bagi menghasilkan sesuatu program yang lebih berimpak,” katanya semalam, lapor Bernama.

Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini bertemakan #BalanceforBetter atau Seimbang untuk Sejahtera.

Sejarah Hari Wanita Sedunia bermula apabila Parti Sosialis Amerika menganjurkan sambutan Hari Wanita pada 28 Februari 1909.

Hari itu kemudian diangkat sebagai Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 1975 yag mengisytiharkan sambutan itu jatuh pada 8 Mac setiap tahun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73051

Posted by on Mar 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE