TPM: Putrajaya rangka kaedah baharu dakwah

Putrajaya akan merangka kaedah dakwah dan tarbiyah baharu bagi menangani gejala sosial di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kaedah itu akan membabitkan aspek kebajikan dan pendekatan sosial yang akan menjadi titik rujukan atau panduan buat orang ramai.

“Perkara ini merupakan cabaran fundamental yang dihadapi ulama, pemimpin politik dan aktivis sosial,” katanya.

Beliau berkata pada Persidangan Antarabangsa dan Muzakarah Fikh, di Institusi Sosial Malaysia (ISM), di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah menegaskan komuniti Islam kini tidak menjadi teladan yang baik apabila terhambat dengan masalah sosial seperti dadah dan hamil luar nikah.

Katanya, ia berlaku kerana mengabaikan konsep pendidikan dalam Islam dan sikap ‘lepas tangan’ tanggungjawab sosial masyarakat.

“Komuniti Islam hari ini tidak menunjukkan contoh yang baik seperti dalam al-Quran, ‘khairatun ummah’, iaitu umat yang terbaik.

“Ini antara penyebab masalah sosial dalam komuniti,” katanya yang juga merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72445

Posted by on Oct 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE