TPM rai pengamal media

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan kira-kira 300 pengamal media dalam satu majlis minum petang, di Putrajaya semalam.

Turut hadir adalah Ketua Pengarang Suara Keadilan, Mohd Najib Hashim serta Ketua Pengarang SelangorKini, Fathi Aris Omar.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapannya menyeru media agar membantu kerajaan dalam usaha mentadbir negara.

Beliau mengakui kuasa dan peranan yang dimainkan media dalam mengkritik dan menegur kerajaan.

“Saya cuma harapkan pemahaman. Kita boleh mengkritik tetapi tengok fakta, kita boleh menyoal tengok kesesuaian. Kuasa datang bersama tanggungjawab yang sangat besar,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan media dalam membongkar skandal seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Banyak yang hilang pekerjaan untuk memastikan rakyat disajikan dengan berita-berita yang benar,” katanya.

Justeru, Dr Wan Azizah mahu media bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan Malaysia baharu yang diundi rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73347

Posted by on Apr 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE