TPM rakam sembah takziah kepada kerabat diraja Pahang

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyembah takziah kepada kerabat Yang di-Pertuan Agong yang kehilangan almarhum Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bbakar pagi ini.

“Merafak sembah ccapan takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN),” kenyataan Facebook Dr Wan Azizah dipetik.

Sultan Ahmad Shah yang merupakan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong mangkat pada 8.50 pagi tadi.

Berita dukacita itu disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi Facebook.

Sultan Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.

Baginda yang merupakan Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta anakanda baginda, Sultan Abdullah, selepas memerintah hampir 45 tahun awal tahun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73505

Posted by on May 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE