TPM sedih dengan tragedi nahas pesawat

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berduka dengan tragedi yang menimpa pesawat Lion Air yang terhempas di Tanjung Karawang, Jawa Barat semalam.

“Tragedi yang cukup mendukacitakan. Saya memantau rapat perkembangan tragedi ini.

“Saya bersimpati terhadap semua mangsa dan mendoakan mereka terus tabah,” muat naik akaun Twitter beliau dipetik.

Pesawat yang membawa 181 penumpang dan tujuh anak kapal itu dilaporkan terhempas di koordinat 05 46.15 S – 107 07.16 E, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi semalam.

Pesawat itu yang dalam penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami berkabung bersama mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang, dan berdoa agar diberikan kekuatan dalam menghadapi hari mendatang,” tulis beliau di akaun Twitter hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72488

Posted by on Oct 30 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE