TPM tolak cadangan sekatan perjalanan PTPTN

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju dengan cadangan untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik.

Menurutnya, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut walaupun ia dibangkitkan perbadanan tersebut minggu lepas.

“Kita tidak ada apa-apa keputusan. Kita pun rasa bila masa kita berbincang (mengenai sekatan itu)? PTPTN telah memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak melanjutkan pengajian mereka namun ada juga segelintir tidak bayar balik.

“Kalau nak rolling itu memanglah ada masalah tapi kalau nak buat sekatan-sekatan ini, tak wajar. Kita mesti kaji balik. Itu yang kita tentang dulu, kita protes dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama orang kelainan upaya (OKU) anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ummah Selangor, di Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini dilaporkan berkata PTPTN bercadang untuk menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam ingkar.

Cadangan itu menerima tentangan banyak pihak dan antara yang menyuarakan bantahan sebelum ini adalah Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73486

Posted by on May 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE