TPM ucap tahniah pada Jokowi

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden Indoensia, Joko Widodo yang berjaya mempertahankan jawatannya dalam Pilihan Raya Presiden 2019 (Pilpres 2019)

“Seperti mana yang ditetapkan oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) pasangan capres (calon presiden) dan cawapres (calon wakil presiden) nomor urut 01 Joko ‘Jokowi’ Widodo dan Ma’ruf Amin telah diumumkan sebagai pemenang Pilpres 2019.

“Dengan sukacitanya saya ingin menzahirkan ucapan tahniah diatas kemenangan Jokowi kerana berjaya dilantik semula sebagai Presiden Indonesia yang ke-8,” kenyataan beliau dipetik.

Dr Wan Azizah juga menzahirkan harapannya agar hubungan kedua-dua negara bertambah baik dengan kemenangan ini.

“Sebagai teman negara serumpun, saya optimis bahawa hubungan antara kedua negara akan terus diperkukuh di samping memberi manfaat kepada rakyat.

“Akhir kata, saya mendoakan Joko Widodo dikurniakan kesihatan yang baik dan terus kental dalam menghadapi liku-liku mendatang sebagai seorang pemimpin,” katanya.

Jokowi diumumkan memenangi Pilpres 2019 dan kekal memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi tempoh 2019-2024.

KPU pada pukul 1.46 pagi ini (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan itu sehari lebih awal, selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin.

Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

Majoriti 16.95 juta yang diperolehi Jokowi itu lebih tinggi berbanding Pilpres 2014 iaitu 6.4 juta undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73490

Posted by on May 21 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE