TPM ulangi komitmen banteras rasuah dalam lawatan ke China

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengulangi komitmen kerajaan untuk membanteras gejala rasuah sebagai salah satu usaha membina semula negara.

Katanya, antara perkara terawal yang dilakukan kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 adalah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) pada awal tahun ini.

“Dengan wawasan jangka panjang ke arah negara bebas rasuah, pelan ini akan memastikan usaha pembanterasan rasuah diperkemas dalam kalangan aktor politik, entiti korporat, agensi penguatkuasaan dan pihak yang berkepentingan,” katanya.

Iltizam itu dizahirkannya pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Rakyat Malaysia di Beijing semalam.

Wan Azizah berkata, Dewan Rakyat sebulat suara juga meluluskan usul mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing pada hari pertama persidangan Dewan Isnin lepas.

“Pengisytiharan ini termasuk harta suami atau isteri, anak serta pemegang amanah dalam akaun berkanun,” katanya.

Selain itu, beliau berkata banyak perjanjian yang dimeteria di bawah kerajaan terdahulu adalah berat sebelah.

“Sebagai contoh bagi tiga projek mega iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), kerajaan dapat menjimatkan sejumlah RM45.3 bilion daripada kos asal RM136.4 bilion,” katanya, memetik laporan Bernama.

Katanya, usaha tersebut memperlihatkan ketirisan dan rasuah dapat dikurangkan dan kerajaan akan terus memantau kos projek-projek lain selain aktiviti-aktiviti perolehan kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73727

Posted by on Jul 9 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE