Tubuh Institut Wasatiyah, Najib belanja super mewah

(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 14 Mac: Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) tidak dapat menerima perbelanjaan mewah majlis pertunangan anak perempaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa, biarpun ia menggunakan wang peribadi.

Presiden TERAS Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun dengan wang peribadi, sebagai Perdana Menteri Najib sewajarnya bersederhana dalam berbelanja seperti dicanang Najib sendiri.

“Inikah teladan pemimpin yang beria-ia mewujudkan Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia, tetapi berbelanja super mewah  mencecah RM 409,767 bagi majlis pertunangan anaknya?

“Ia bukan sahaja menimbulkan persoalan kepada rakyat, malah Islam juga melarang perbuatan membazir dalam perkara sebegini. Inikah contoh pemimpin Islam yang beliau tunjukkan kepada rakyat?” soalnya.

Azmi seterusnya berkata, rakyat yang bergelut menyara hidup pasti akan terluka dan memendam rasa melihat beliau, yang jelas menampakkan kepincangan hidup antara pemimpin dan rakyat.

“Tindakan Najib sangat tidak sensitif. Apa beliau fikir cukup dengan memancing rakyat dengan wang BR1M sebanyak RM500 itu? Adakah ini retorik ‘rakyat diutamakan’?

“Apatah lagi ia didedahkan ketika banyak isu yang belum selesai, seperti penyelewengan NFC, penyenaraian aset Felda dalam senarai saham yang tidak ketentuan dan kepincangan PKFZ melibatkan RM 4 bilion”, jelas Azmi.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan Banquet Event Order untuk majlis pertunangan anak Najib, yang menunjukkan kos majlis pertunangan Najwa sebanyak RM409,767 dicaj kepada akaun Pejabat Perdana Menteri.

Azmi seterusnya mengingatkan bahawa rakyat Asia Barat bangkit menjatuhkan pemimpin mereka apabila tidak dapat lagi menerima gaya hidup pemimpin yang mewah di kala rakyat terus dibelenggu kemiskinan.

“Justeru, TERAS ingin mengingatkan agar pemimpin negara menyekat keghairahan berbelanja sebegini, kerana tanda-tanda rakyat semakin marah sangat jelas dan bakal bertukar menjadi gelombang yang tidak boleh dikekang,” ujar Azmi lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28202

Posted by on Mar 14 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google