Tubuh IPCMC segera siasat salah laku polis

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid menggesa Kementerian Dalam Negeri agar segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ekoran tularnya gambar dan video yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan itu dalam kelakuan yang mencurigakan.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai memalukan dan mengecewakan, Abdullah Sani berkata orang ramai kini terasa seperti dikhianati polis dan menteri dalam negeri perlu bertindak tegas.

“Saya ingin menggesa (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi untuk tidak terus berdiam diri dan segera menubuhkan IPCMC agar segala salah laku yang melibatkan polis dapat disiasat dan diambil tindakan yang telus.

“Selagi tidak ditubuhkan suruhanjaya sedemkian dan diambil tindakan tegas, negara kita akan kekal menjadi negara yang paling korup dan kadar peratusan jenayah tertinggi di dunia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada isu video seorang pegawai dan enam anggota polis Johor yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar baru-baru ini.

Semalam timbul pula satu lagi isu baharu membabitkan polis apabila tular gambar seorang anggota polis dari unit ronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur.

Anggota polis tersebut kelihatan memegang tangan gadis itu yang berdiri di tepi kereta rondanya.

Gadis itu pula dilihat berpakaian seksi dengan hanya memakai seluar jean pendek dan singlet hitam.

“Saya juga maklum bahawa Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd telah menukarkan tujuh orang anggota polis itu ke jabatan lain namun bagi saya ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Bukankah gaji-gaji pegawai polis ini dibayar daripada cukai rakyat, ini bermakna mereka adalah pekerja kepada rakyat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70628

Posted by on Oct 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE