‘Tuduhan anti-Islam pada DAP undang bunuh’

Tuduhan anti-Islam yang dilemparkan PAS kepada DAP boleh mencetuskan pembunuhan, kata Exco Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) AMK PUSAT, Wan Ji Wan Hussin.

Menurutnya, perkara tersebut boleh berlaku jika pendirian DAP yang tidak selari dengan PAS dianggap memusuhi Islam sekaligus menghalalkan darah ahli-ahlinya.

“Bahayanya tuduhan anti-Islam ini adalah membawa kepada pembunuhan – dalam sejarah dunia Islam kita tidak boleh memanggil orang yang berbeza pandangan itu sebagai musuh Islam.

“Kalau buat tuduhan itu boleh memberi maksud untuk menghalalkan darah orang yang dituduh, jadi bahaya menuduh orang yang berbeza pendapat sebagai musuh Islam,” kata Wan Ji.

Katanya lagi, orang ramai perlu faham bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang hanya mentafsirkan Islam dan sebarang pendirian politik PAS bukannya pendirian Islam.

“Ada beza antara dua perkara, satu adalah Islam dan lagi satu adalah penafsiran terhadap Islam, PAS itu membawa penafsiran dalam versi mereka” kata Wan Ji.

“PAS tidak sewajarnya meniru pendekatan ISIS dalam hal-hal berbeza pandangan politik dengan mana-mana parti politik.

“Dan PAS perlu berani hadir dalam sebarang dialog-dialog kalau dijemput dalam isu yg melibatkan tuduhan mereka terhadap Pakatan Harapan,” kata Wan JI.

Sidang Dewan Rakyat kelmarin gempar apabila Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) mencelah perbahasan titah diraja dan melabel DAP sebagai parti perkauman dan anti-Islam.

“DAP pun menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan. Kalau Pakatan Harapan nak selamat, buang parti yang anti-Islam seperti DAP daripada Harapan,” katanya.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong kerajaan dan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) bangkit dan meminta Marzuk supaya menarik balik kenyataan berkenaan.

Marzuk bagaimana pun enggan menarik balik kenyataan beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73133

Posted by on Mar 21 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE