Tuduhan Ku Nan dalam isu sabotaj menyimpang

Tuduhan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengaitkan pembangkang dalam isu sabotaj terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani adalah tidak berasas sama sekali dan jelas berniat jahat.

Saya percaya berlaku perpecahan dalaman umno di Titiwangsa kerana isu perebutan kerusi.

Malah tindakan pihak-pihak tertentu yang menaikkan sepanduk provokasi menolak Johari itu juga mungkin berpunca dari akar umbi Umno yang tidak berpuas hati terhadap prestasi beliau sebagai ahli Parlimen.

Saya juga mendengar khabar angin dari akar umbi Umno yang mereka mencadangkan nama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah, Datuk Razlan Rafi untuk menggantikan Johari di titiwangsa.

Jika benarlah khabar angin ini, bermakna berlaku perpecahan teruk dalaman Umno di Titiwangsa dan tidak mustahil tindakan provokasi sepanduk mensabotaj Johari itu datangnya daripada Umno sendiri.

Ini juga bermakna bahawa kreadibiliti Johari sebagai menteri kewangan kedua tercalar teruk.

Justeru menuding jari kepada pembangkang dengan tuduhan liar seperti ini membawa maksud Umno retak menanti belah.

Wajarlah Umno ditolak secara total di Titiwangsa dan semestinya Pakatan Harapan akan bersedia mewakili rakyat di Titiwangsa.

Sekian.

 

Syed Badli Shah Syed Osman
Anak Jati Kampung Bharu dan Titiwangsa
Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71512

Posted by on Mar 26 2018. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE