Tuduhan Muhyiddin melampau, skrip huru-hara untuk takutkan rakyat

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 15 MAC: Tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan dakwaan tidak berasas dan melampau.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tema huru hara dijadikan skrip ulangan pemimpin Umno untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Shamsul Iskandar“Skrip huru hara tidak pernah putus dimain Umno untuk menakut-nakutkan rakyat. Apabila bercakap tentang perubahan, pasti skrip ini diulang-ulang.

“Tuduhan Muhyiddin membuktikan betapa terdesaknya Umno BN terhadap perubahan rakyat kepada Pakatan Rakyat,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mendakwa, beliau menerima beberapa dokumen yang boleh dipercayai mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan PRU 13.

Menurutnya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.

Shamsul menegaskan, tiada sebarang huru hara dicetus Pakatan Rakyat yang berkeyakinan menawan Putrajaya pada pilihan raya tahun ini.

“Tuduhan itu melampau dan tidak mungkin Pakatan Rakyat lakukannya.

“Kita konsisten mengatakan perubahan akan berlaku pada pilihan raya mengikut perlembagaan dan sama sekali tiada huru-hara,” katanya.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu berkata, huru-hara mungkin tercetus jika Umno BN menghantar pengundi meragukan untuk mengundi mereka.

“Mungkin huru-hara yang dimaksudkan TPM itu boleh berlaku apabila ada pengundi mencurigakan pada hari pengundian.

“Contohnya warga asing pasti akan dihalang dan ditangkap. Butiran maklumat pengundian yang meragukan juga akan dihalang,” kata Shamsul. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47462

Posted by on Mar 15 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google