Tukar kerajaan ikut sistem demokrasi – Azmin Ali

(Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 18 JAN: Penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Memang menjadi matlamat utama kita untuk menukar kerajaan tetapi melalui sistem demokrasi dan pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya.

Beliau membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mentohmah kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

“Ia langsung tak membayangkan beliau sebagai negarawan. Kalau kita hendak guling kerajaan melalui demonstrasi, buat apa kita bertanding pilihan raya setiap lima tahun?” katanya.

“Kita masih menghormati demokrasi, tukar kerajaan mengikut perlembagaan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum Pasca HKR bersama aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong, Hasmi Hashim, malam tadi.

Pada forum yang dihadiri lebih 200 orang itu, Azmin turut menyingkap kembali pengalaman beliau sewaktu era reformasi yang menyaksikan kezaliman polis.

“Ketika di Stadium Merdeka tempoh hari, saya lihat lokap Jalan Stadium. Di situlah saya dan Hishamuddin Rais disimpan selama lapan hari.

“Kami digari bersama, dua orang satu gari. Punyalah zalim masa itu tapi yang memberi rangsangan waktu itu – walau dihina, diab, dipenjara tetapi kami tetap bangkit,” katanya.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43406

Posted by on Jan 18 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google