Tun M: Harapan mampu realisasikan Wawasan 2020

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad optimis Pakatan Harapan mampu merealisasikan Wawasan 2020 yang dirangkanya pada satu masa dahulu.

Menurutnya, gabungan pembangkang ini mampu berbuat demikian walaupun ia terlambat selama sembilan kerana terlepas peluang memenangi Pilihan Raya Umum 2018.

“Kita mempunyai cara-cara untuk menjayakan Wawasan 2020, (tetapi) mungkin terlewat sedikit kerana kita kehilangan hampir sembilan tahun,” katanya, lapor Astro Awani.

Dr Mahathir yang menjadi persana menteri antara 1981 hingga 2003 menggagaskan Wawasan 2020 sebagai satu penanda aras buat Malaysia untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang 2020.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membantutkan visi tersebut dengan pengenalan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang meletakkan tempoh masa lebih panjang untuk tujuan yang hampir sama.

Mengulas perkara ini, Dr Mahathir yang kini merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata TN50 cuma satu konsep yang ‘menciplak’ Wawasan 2020.

“Mereka (Barisan Nasional) cuba mengalih pandangan umum daripada Wawasan 2020 yang mana Najib tentu tahu dia tidak akan jadi perdana menteri masa itu. Itu sebabnya dia letakkan TN50 ini 30 tahun lebih daripada sekarang,” kata Dr Mahathir kepada sidang media di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71287

Posted by on Jan 3 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE