Tun M terharu Anwar maafkan beliau demi Malaysia

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyanjung sikap besar hati dan berlapang dada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya yang sanggup memaafkan beliau demi Malaysia yang lebih baik.

Dr Mahathir yang baru diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan itu merakamkan perasaan tersebut menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau selepas selesai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini.

“Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar Ibrahim kerana sanggup membelakangkan apa yg telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia.

“Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua,” katanya ringkas.

Mahathir dipercayai merujuk kepada insiden pemecatan Anwar selaku timbalan perdana menteri pada 1998 yang dibuat atas arahannya.

Anwar kemudian memimpin gerakan Reformasi namun dipenjarakan kerana Fitnah I.

Hari ini Anwar menerusi mesej yang disampaikan anaknya Nurul Izzah Anwar menyeru rakyat agar “bertumpu soal dasar dan prinsip perjuangan” selepas pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71307

Posted by on Jan 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE