‘Turun Turun’ desak harga siling RON95 diikat RM1.90

Satu gabungan Pemuda Pakatan Harapan dan kumpulan belia yang menggelarkan diri mereka ‘Gerakan Turun Harga Minyak, Turun Najib’ (Turun Turun) merancang untuk berhimpun pada ambang tahun baru nanti di Kuala Lumpur bagi mendesak harga minyak diturunkan.

Diketuai Ketua Pemuda Harapan Nik Nazmi Nik Ahmad, gabungan itu menuntut agar subsidi minyak dikembalikan dan harga siling minyak ditetapkan oleh Putrajaya.

“Kami anak muda Malaysia akan meneruskan seruan agar kerajaan segera mengembalikan subsidi minyak pada kadar sewajarnya, agar harga siling dapat ditetapkan pada RM1.90 seliter bagi RON95 dan RM1.80 seliter bagi diesel,” kata Nik Nazmi.

Himpunan itu akan diadakan bermula pada 11 malam 31 Disember ini dan ia akan bermula di pusat membeli belah Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka.

Nik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, selain mendesak Najib dan harga minyak, mereka juga mahu kos sara hidup dan harga barangan diturunkan.

Katanya, mereka telah merancang beberapa siri himpunan bagi meniup semangat orang ramai untuk menyertai demonstrasi itu bermula Jumaat ini.

Bagi tujuan itu kata Nik Nazmi, mereka akan melakukan esaran risalah di Masjid Negara selepas sembahyang Jumaat.

Mereka juga bercadang mengadakan himpunan pada 16 dan 23 Disember ini di Sogo pada jam 3.30 petang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70835

Posted by on Dec 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE