Ucapan Azmin Ali sempena Tahun Baru 2013

Di ambang tahun baru 2013, kita harus merenung sejenak 2012 yang pastinya dilalui dengan kenangan manis dan pahit. Pelbagai peristiwa yang berlaku pasti akan menjadi penanda aras untuk berusaha melakukan yang lebih baik khususnya dalam kehidupan seharian.

Untuk membangun sebuah negara Madani, Malaysia hari ini berdepan dengan kualiti pendidikan yang lemah untuk memberdaya rakyat. Kos sara hidup terus meningkat kesan daripada peningkatan harga barang mentah. Pendapatan isi rumah juga masih rendah sedang negara berdepan dengan hutang negara yang kritikal.

Tahun baru 2013 adalah tahun yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia. Cita – cita murni rakyat yang selama ini dipendam harus direalisasikan bagi membangunkan Malaysia yang gagah.

Tahun 2013 adalah saatnya rakyat melakukan yang terbaik untuk negara yang tercinta ini. Seperti yang diungkap oleh Mantan Presiden Amerika Syarikat :

“Ask not what your country can do for you – ask what you can do for your country”

( John F Kennedy )

Adalah menjadi harapan dan azam bagi tahun baru ini untuk memastikan peningkatan ekonomi negara, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk generasi muda, serta meningkatkan pendapatan isi rumah bagi setiap rakyat. Kualiti pendidikan perlu dipertingkatkan dan diberikan secara percuma kepada rakyat.

Harga barang keperluan perlu diturunkan selaras dengan dasar yang menguntungkan rakyat. Sistem kenegaraan yang rosak juga perlu direformasikan selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Semoga segala impian dan cita – cita ini terlaksana dengan damai dan sentosa. Selamat tahun baru 2013 buat seluruh rakyat Malaysia.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42156

Posted by on Jan 1 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google