Umno-BN hina Sultan Johor

Umno-BN menghina kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila mencadangkan nama calon menteri besar baharu sebelum surat permohonan perletakan jawatan Osman Sapian diperkenankan.

Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Abdul Karim berkata, hanya Pakatan Harapan yang berhak mengemukakan nama calon menteri besar baharu untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor, selepas permohonan peletakan jawatan Osman mendapat perkenan.

“Umno-BN Johor menghina kuasa Sultan Johor dengan mencadang nama calon MB sedangkan Sultan belum jawab surat permohonan meletak jawatan oleh Datuk Osman Sapian.

“Pihak yang berhak kemukakan cadangan nama menteri besar Johor yang baru mesti datang dari Harapan, parti yang menang majoriti di DUN Johor.

“Perkara itu hanya dilakukan apabila Sultan menjawab surat peletakan jawatan oleh Menteri Besar Osman Sapian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Umno-BN juga katanya, tiada hak untuk mempersembahkan calon menteri besar mereka kepada Sultan Johor berikutan kedudukan Harapan yang masih kukuh di peringkat negeri dengan majoriti terbesar iaitu 39 daripada 56 kerusi DUN Johor.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Osman meletakkan jawatan sebagai menteri besar Johor.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Mmalaysia, Muhyiddin Yassin pula berkata Bersatu Johor akan mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor sebaik sahaja peletakan jawatan Osman diperkenankan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73296

Posted by on Apr 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE