Umno cipta isu gagalkan Bersih, enggan jawab tuntutan- Anwar

(Oleh: Nabihah Hamid)

 

SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai isu dicipta Umno termasuk dakwaan terbaru mendakwa Bersih 2.0 dibiaya Kristian dan kaitan dengan usaha menghidupkan komunis.

Anwar berkata ia menggambarkan parti itu kini semakin terdesak untuk menggagalkan perhimpunan pada 9 Julai ini, lalu mencipta isu untuk mengalih perhatian rakyat.

Tegas Anwar, di sebalik semua tuduhan tersebut, kerajaan Umno-BN gagal menjawab semua tuntutan Bersih supaya kerajaan melaksana reformasi pilihan raya.

“Memang jelas ada percubaan Umno untuk tidak menjawab. Isunya apa? penipuan sistem pilihan raya.

“Mereka hanya naikkan isu seperti bersih adalah komunis, memberontak menentang agong dan kini nak alih pandangan (bahawa) kristian biaya (Bersih),” ujar Anwar.

Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama dalam Majlis Wacana Ekonomi Penasihat Ekonomi Selangor di Majlis Perbandaran Klang pagi tadi.

Menurut Anwar, terdapat kecenderungan pemerintah menghalalkan tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Ada kecenderungan untuk cari alasan tangkap guna ISA. Ia juga mendera pemimpin PSM, termasuk Ahli Parlimen (Sungai Siput) Jeyakumar.

“Samada istilah atau ops lalang diguna ataupun tidak, tetapi tentunya ada rekayasa yang dicipta untuk mengekang kebebasan,” kata Anwar.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan semalam menafikan laporan Utusan Malaysia kononnya perhimpunan anjuran 9 Julai ini dibiayai pertubuhan-pertubuhan Kristian luar negara.

Sebaliknya, beliau menegaskan sumber kewangan bagi membiayai Himpunan Bersih 2.0 datang daripada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 95 orang, termasuk 14 yang ditahan di Perak, pagi tadi dalam usaha untuk menghalang kempen Bersih.

Antara yang ditangkap termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis Parti Sosialis Malaysia yang dikaitkan dengan usaha menghidupkan gerakan komunis.

Terbaru, polis meneruskan tekanan apabila menggeledah pejabat sekretariat Bersih di Petaling Jaya tengahari tadi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16184

Posted by on Jun 29 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE