Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir Umno yang mula menyuntik semangat keagamaan di kalangan penyokongnya.

Beliau merujuk video ceramah ketua penerangan parti itu, Tan Sr Annuar Musa di Kelantan yang diakhiri dengan laungan lillahi taala (kerana Allah Taala).

“Kata Annuar Musa – Umno lillahi taala atau Umno ‘kerana Allah’.

“Saya nak tanya apakah Umno mencuri kerana Allah, Umno menipu kerana Allah, Umno makan suap dan Umno sogok duit kerana Allah,” kata Dr Mahathir menerusi akaun Facebook beliau.

Katanya, Umno sebaiknya menjunjung Al-Quran bagi mewajarkan segala penyelewengan mereka sebelum ini, jika mereka mahu memperalatkan agama untuk politik.

“Apakah Umno pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, Umno seleweng undi pos kerana Allah.

“Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia tahu dilakukan oleh Umno adalah kerana Allah,” tulisnya.

Dr Mahathir turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan Annuar sedang berucap kepada sekumpulan penyokong dalam loghat Kelantan, di akaun Facebook.

Annuar antaranya mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan Umno.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70926

Posted by on Dec 28 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE