Undi Pakatan Harapan untuk angkat maruah pekerja

Golongan pekerja di Malaysia perlu mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 kerana gabungan itu serius untuk mengangkat martabat pekerja.

Calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian dalam perutusan Hari Pekerja hari ini.

“Lapan hari lagi, iaitu pada 9 Mei 2018, kita berpeluang untuk membuat perubahan.

“Komitmen kerajaan baru Pakatan Harapan, seperti yang termaktub di dalam Buku Harapan, adalah memperkukuh hak golongan pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.

“Perlindungan hak pekerja di Malaysia akan dipastikan setara dengan piawaian-piawaian antarabangsa, termasuklah konvensyen-konvensyen yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation),” kenyataan beliau dipetik.

Katanya lagi, nasib golongan pekerja akan terbela apabila mandat tersebut diberikan kepada pihak yang komited untuk membela mereka.

“Pada 9 Mei ini, mandat harus diberi kepada mereka yang akan membela nasib dan memenuhi harapan golongan pekerja. Kaum pekerja harus bersatu dan bersama-sama melakukan perubahan.

“Inilah masanya. Ayuh semua kaum pekerja harapan negara di tangan anda!” katanya.

Pakatan Harapan menawarkan penyeragaman gaji minimum nasional dalam manifesto pilihan raya umum ke-14.

Gabungan pembangkang ini yang bersedia untuk mentadbir Putrajaya juga berazam untuk mencipta 1 juta pekerjaan berkualiti dalam tempoh lima tahun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71687

Posted by on May 1 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE