UNISEL ditukar kepada Universiti Selangor secara rasmi

SHAH ALAM: Universiti milik penuh kerajaan Selangor, Universiti Industri Selangor (UNISEL) secara rasmi ditukar nama kepada Universiti Selangor berkuat kuasa hari ini dengan mendapat kelulusan daripada  Kementerian Pengajian Tinggi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penukaran nama itu selaras dengan program penjenamaan semula UNISEL yang telah mencapai  usia 11 tahun dan bagi memenuhi perkembangan semasa.

“Nama “Industri”, yang diberikan untuk memenuhi keperluan industri Selangor satu ketika dahulu, perlu ditukar selaras dengan perkembangan ekonomi. UNISEL perlu menjadi lebih komprehensif dengan menawarkan kursus-kursus bukan sahaja industri malah sains, teknologi, bahasa dan komunikasi.

“Penjenamaan semula ini sebagai proses transformasi untuk melonjakkan nama UNISEL sehingga ke peringkat antarabangsa dan setaraf dengan universiti tempatan yang sedia ada,” kata Khalid.

Khalid memberitahu dengan perkembangan akademik yang pesat, UNISEL juga perlu melakukan perubahan positif yang mencerminkan hasrat kerajaan negeri yang mahu melahirkan modal insan cemerlang dan mampu  menyumbang kepada kemajuan negara.

“Saya berharap dengan penukaran nama ini dapat disusuli dengan usaha dan tata cara kerja yang professional, telus dan bertanggungjawab.

Beliau juga mengucap penghargaan kepada Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Datuk Dr Rosti Saruwono dan warga kerja yang berusaha keras untuk membawa universiti sehingga ke tahap sekarang.

Justeru kata Khalid, beliau akan mengadakan majlis sambutan sempena pernukaran nama ini pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7006

Posted by on Feb 16 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE