Vendor Bumiputera lenyap, kerajaan Najib lebih suka berdiam

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, berkata, walaupun Proton Holdings Bhd masih memiliki 50.1 peratus majoriti saham, namun syarikat China, iaitu Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, mempunyai peranan besar dalam masa depan syarikat itu dan sudah pasti vendor Bumiputera tidak akan dilindungi.

Katanya, beliau melihat dengan pelantikan CEO baru Proton yang dikatakan juga dari negara China, itu membuktikan penguasaan syarikat China itu lebih tinggi tambahan pula kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak seolah-olah tidak mempunyai suara untuk membantah pelantikan tersebut.

“Dengah adanya penguasaan itu membuktikan mereka mahu lebih berluasa walaupun pegangan mereka kecil dan tidak majoriti mereka berjaya menekan dan mempengaruhi dalam membuat keputusan.

“Kita lihat Najib telah hilang kuasa pemutus dia dan dia mengheret negara Malaysia untuk hilang maruah mempertahankan hak dalam menanamakan CEO atau peneraju syrikat penguasaan besar negara, tidak hairan selepas ini syarikat seperti MAS, Petronas, mungkin Felda juga akan mengalami nasib seperti Proton ini.

“Maka, bersiap-sedialah vendor tempatan untuk mencari pekerjaan lain dan mereka akan dihina kerana selama hari ini pun dikatakan tidak kompetetif, dengan perpindahan teknologi juga tidak berlaku.

“Dan sekarang kita tahu komponen-komponen atau alat gantian lebih murah dari negara China dan usahawan-usahawan tempatan yang telah melabur dengan begitu banyak modal keluarkan komponen-komponen tempatan, bersiap sedialah juga gulung tikar dan menceburi bidang-bidang yang lain,” katanya.

Dalam hal ini, Azan melihat kerajaan Umno BN dan Najib lebih suka berdiam diri dan menyebelahi negara China berbanding membela nasib vendor tempatan dan pekerja-pekerja Proton.

“Tambahan lagi dengan ada kuasa pemutus diatas indistri Proton (Geely) ini agak mustahil unruk mereka mempunyai tanggungjawab untuk usahawan tempatan.

“Jadi kepada mereka yang terlibat sekian lama, mereka patut bersedia untuk mengalihkan tumpuan lain sebelum mereka jatuh bankrap dan mengalami masalah kewangan yang besar, mereka kena nyah segera kerajaan Umno BN dibawah Najib sebelum terlaksana penguasaan ini.

“Kita lihat secara terang-terangan perkara ini berlaku dan Najib tak upaya untuk pertahan apa-apa kepentingan dalam Proton,” jelasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70497

Posted by on Sep 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE