Video Fitnah: Kami tidak akan tunduk- Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak  Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.

Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

“Ini usaha paling terdesak yang terbaru bagi memusnahkan semangat juang kami dari landasan reformasi yang sangat diperlukan bagi negara ini,” tegasnya.

Beliau dalam masa yang sama menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit melawan politik kotor Umno-BN.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia, abang dan adik, ibu dan bapa untuk bangun melawan politik jijik ini. Mari kita berusaha untuk merealisasikan¬† satu negara Malaysia yang lebih baik,” tegas anak sulung kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Justeru itu, Nurul turut mendesak supaya individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks fitnah berkenaan- diheret ke muka pengadilan.

“Dalam semua keadaan, secara undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi- penjenayah sebenar adalah siapa yang menyebar video itu kepada awam,” tegas nya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, video seks fitnah tersebut bukan yang terakhir, malah BN akan memusnahkan Anwar dalam apa juga cara.

“Sesiapa yang melihat rakaman itu tahu ia bukan Anwar. Sepanjang yang kami tahu, BN akan terus melakukan perkara ini, sehingga pilihan raya umum. Jadi mereka perlu memusnahkan Anwar dalam apa jua keadaan,” ujarnya.

Nik Nazmi, tanpa berselindung mendakwa Umno terlibat sebagai dalang video fitnah berkenaan.

“Sudah tentu video itu berada di tangan Umno. Ia tidak memerlukan seseorang itu genius untuk tahu perkara itu. Segalanya telah dirancang,”katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12386

Posted by on Apr 27 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE