Wakil rakyat Semenyih meninggal dunia

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah dalam satu kenyataan hari ini.

Borhan berkata Mohd Bakhtiar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira jam 4.45 pagi.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga beralamat di Bt 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

“Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Mohd Bakhtiar bin Mohd Nor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohd Balhtiar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memperolehi 23,428 undi mengalahkan tiga orang calon lain daripada Umno, PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 8964 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72788

Posted by on Jan 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE