Wan Azizah ajak rakyat dan pemimpin sertai Himpunan Bersih 5

WAWIKUALA LUMPUR 15 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat dan seluruh pimpinan Pembangkang yang cintakan negara untuk turun ke perhimpunan Bersih 5.

Jelasnya ia adalah peluang terbaik bagi rakyat Malaysia bersuara dan melakar detik baru pada lanskap politik negara.

15027948_10154214247001379_6541478283602015670_n“Pada 19 November ini iaitu pada hari Sabtu ini, kita akan turun ke Perhimpunan Aman Bersih 5 di Dataran Merdeka bersama-sama rakyat dari segenap pelusuk negara.

“Kita tuntut demokrasi yang adil dan saksama. Bersih menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, membantah monopoli dan kenaikan harga barang, menentang penyalahgunaan kuasa dan kezaliman.

“Semua ini melihat kepada semangat kemerdekaan sebuah negara demokratik dengan Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan akan tercapai,” katanya pada Konvension Pakatan Harapan minggu lalu.

14963358_10154214246931379_7300765629204953394_nHimpunan Bersih 5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur hujung minggu ini dengan bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru!”.

Selain mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, Bersih juga menuntut lima perkara lain iaitu mengadakan pilihan raya yang bersih, sebuah kerajaan yang telus dan bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

lokasiMereka baru-baru ini mengumumkan dua tempat pertemuan untuk para pesertanya iaitu di Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara dan seterusnya akan mara dan berhimpun di Dataran Merdeka.

Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula pada jam 10 pagi dan berlanjutan sehingga 6 petang.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69671

Posted by on Nov 15 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE