Wan Azizah akan teliti mekanisme KWSP suri rumah

Komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk mengotakan manifestonya terus terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal bertemu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu depan untuk membincangkan pelaksanaan caruman KWSP untuk suri rumah.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberiannya.

“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya hari ini.

Harapan dalam manifesto Membina Negara Memenuhi Harapan sebelum ini mencadangkan agar skim itu melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Ia adalah antara tawaran dalam 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan buat rakyat Malaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu. 

Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.

Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71812

Posted by on May 24 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE